Wednesday 4 September 2013

2013... aku dah 4series

6 April 2013 lepas.... Genap la umur aku dh masuk 4series.... dah tua rupanya aku... tapi kenapa kadang-kadang orang panggil aku adik...Dalam usia lebih 40 ini, aku sering terfikir bahawa masa (atau usia) yang akan aku lalui tidak akan lebih daripada apa yang telah ditinggalkan. Ertinya, future bagi aku tidak lebih daripada past.

Tidak. Aku bukan mahu mendahului ALLAH dengan membicarakan soal ajal maut. Hitungan aku adalah  purata jangka hayat kita. Apakah usia aku akan lebih 80 tahun? 

Rasanya tidak.
Tambahan pula sejarah keluarga aku yang telah pergi tidak ada yang lebih daripada 75 tahun..Tetapi kalaulah ya, harapnya tidaklah diri aku masa itu menyusahkan orang . Janganlah  berak kencing pun diuruskan orang.

Aku bukan memandang jelik mereka yang seperti itu. Namun apa yang aku suarakan adalah untuk diri  sendiri. Jika diberi pilihan, biarlah aku tinggalkan dunia ini tanpa menyusahkan sesiapa supaya aku tidak jadi bebanan bagi mereka. Ini kerana setiap orang punya tanggung jawab berat setiap hari, jadi aku tidak mahu ada yang serba salah kerana aku.

Biarlah mereka tumpukan pada urusan masa depan  daripada terpaksa menguruskan ‘bebanan’ yang sudah mahu pergi ini.

Selain itu, dalam usia ini, aku juga sering terfikir soal bekalan. Bekalan untuk dibawa ke alam satu lagi, juga bekalan yang perlu ditinggal pada anak isteri.

Aku sudah hilang satu tahun lagi daripada kontrak kehidupan aku di dunia ini. Semoga 4series ini aku lebih baik dari yang sebelum-sebelum ini. Amin

Peristiwa 2012

Assalam...

Dah setahun lebih aku tak updated blog ni.. dan dalam setahun ni bermacam-macam peristiwa suka, duka, sedih, geram, marah dan lain-lain terjadi pada kulaanku khususnya diri aku sejak 16 May 2012 (tarikh terakhir aku post kt blog ni). Dari Jun 2012 sehingga Sept. 2013 (tarikh terkini... beribu-ribu peristiwa terjadi.

- May 2012 - tamatnya tempoh tajaan Hadiah Latihan Persekutuan dan aku perlu lapor diri semula di JPA  untuk masuk kerja balik walaupun master aku tak habis lagi. Aku ditempatkan di satu jabatan yg paling aku benci dan tak ada kaitan langsung antara pengajian aku dan jabatan tu. Aku pun berkira-kira untuk ambik cuti tanpa gaji tambahan pula masa tu ayah aku sakit.
- Jun 2012 - tanggal 18 Jun 2013... ayah dimasuk ke HKL dan esoknya perlu pembedahan. Ayah duduk  wad di HKL hampir 2bulan... dan sepanjang Ramadhan tahun 2012 berada di wad.

Inilah HKL tempat kami adik beradik berulang alik hampir
2 bulan termasuk berbuka puasa di Wad 7 Ortopedik HKL
28 Jun 2012... alang meninggal pergi buat selama-lamanya... AlFatihah.
16 November 2012 .... haslina (wife) operate untuk buang tulang telinga di Hospital Putrajaya.
21 November 2012... mak mertua aku meninggal di Hospital KL.
29 November 2012... ayah pergi buat selama-lamanya setelah disahkan kanser tahap 4.
11 Disember 2012.... along plak pergi buat selamanya juga akibat kanser dalam darah.

Semua yang pergi buat selama-lamanya... kami kulaan doakan semoga mereka ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. kami kulaan sangat merindui mereka yang telah pergi ini... AlFatihah.

27 Disember 2012... aku melapor diri semula untuk kerja setelah bercuti tanpa gaji dan ditempatkan di Kem. Kesihatan Malaysia.

Itu la peristiwa yang berlaku sepanjang tahun 2012 setelah aku tak update blog... InsyaAllah nanti aku update lagi blog kalau ada masa.

Sunday 6 May 2012

Asalamualaikum.
Selamat bertemu di posting yang pertama. Posting pertama ini hanya nak perkenal kaum banjar sahaja. Banjar dan Jawa ni kira pesaing la kalau kat Selangor tapi kalau kat Perak Banjar adalah no 1. Lagipun saya ni orang banjar. Malah boleh di anggap banjar sejati  kerana mak dan ayah orang banjar dan  kampung halaman pun 99% di huni orang banjar.

Banjar ni pula banyak suku sukunya. Ada banjar alai, banjar masin, banjar keluak, banjar sepat. Dan setiap suku ni berbeza alunan bunyi dan kosa katanya. Suku kaum banjar saya rasanya ,banjar keluak.  Kalau ada sesiapa yang terbaca ni tak tau  kaum banjar ni boleh la google kat internet.

Menurut wikipedia:
suku Banjar berhijrah ke Malaysia antara lain ke negeri Kedah, Perak (Kerian, Sungai Manik, Bagan Datoh), Selangor (Sabak Bernam, Tanjung Karang), Johor (Batu Pahat) dan juga negeri Sabah (Sandakan, Tenom, Keningau, Tawau) yang dikenali sebagai Banjar Melau. Tokoh etnik Banjar yang terkenal dari Malaysia adalahSyeikh Husein Kedah Al Banjari, iaitu bekas mufti Kerajaan Kedah. Salah seorang etnik tokoh Banjar dari Malaysia yang terkenal ketika ini ialah Dato Seri Harussani bin Haji Zakariayang menjadi Mufti Kerajaan Negeri Perak.Daerah yang paling ramai terdapat etnik Banjar di Malaysia adalah daerah Kerian di Negeri Perak Darul Ridzuan. Organisasi suku Banjar di Malaysia adalah Pertubuhan Banjar Malaysia.


Oklah hari ni saya dapat idea nak kongsikan beberapa perkataan bahasa banjar kat dalam blog ni. 

 1. guring- tidur
2. uyuh- letih
3. minik-pening
4. handak-nak

Contoh ayat:
1. Aku uyuh lalu guring= Saya letih lalu tidur
2. Aku minik kepala lalu handak terguring= Saya pening kepala lalu nak tertidur
3. Bila bangun guring aku minik= Bila bangun tidur saya pening
4. Uyuhnya guring sampai handak minik= Letihnya tidur sampai nak pening
Ok..itulah lebih kurang ayat ayat bahasa banjar untuk hari ini. Boleh  masuk ke? hehehe.  Lain kali saya nak kongsi  lagi beberapa kosa kata banjar yang lain.

Ini adalah sebahagian drpd kulaan banjar tp sebahagian besarnya dah murtad (banjar) pun.... mana2 tak de dlm gambar ni bukan bermaksud dilupakan tp gambar di"curi" dari fb... semua kulaan ttp dalam ingatan....





Setakat ni dulu.... kalau aku rajin.... aku post la lagi...