Dah setahun lebih aku tak updated blog ni.. dan dalam setahun ni bermacam-macam peristiwa suka, duka, sedih, geram, marah dan lain-lain terjadi pada kulaanku khususnya diri aku sejak 16 May 2012 (tarikh terakhir aku post kt blog ni). Dari Jun 2012 sehingga Sept. 2013 (tarikh terkini... beribu-ribu peristiwa terjadi.
- May 2012 - tamatnya tempoh tajaan Hadiah Latihan Persekutuan dan aku perlu lapor diri semula di JPA untuk masuk kerja balik walaupun master aku tak habis lagi. Aku ditempatkan di satu jabatan yg paling aku benci dan tak ada kaitan langsung antara pengajian aku dan jabatan tu. Aku pun berkira-kira untuk ambik cuti tanpa gaji tambahan pula masa tu ayah aku sakit.
- Jun 2012 - tanggal 18 Jun 2013... ayah dimasuk ke HKL dan esoknya perlu pembedahan. Ayah duduk wad di HKL hampir 2bulan... dan sepanjang Ramadhan tahun 2012 berada di wad.
Inilah HKL tempat kami adik beradik berulang alik hampir 2 bulan termasuk berbuka puasa di Wad 7 Ortopedik HKL |
16 November 2012 .... haslina (wife) operate untuk buang tulang telinga di Hospital Putrajaya.
21 November 2012... mak mertua aku meninggal di Hospital KL.
29 November 2012... ayah pergi buat selama-lamanya setelah disahkan kanser tahap 4.
11 Disember 2012.... along plak pergi buat selamanya juga akibat kanser dalam darah.
Semua yang pergi buat selama-lamanya... kami kulaan doakan semoga mereka ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. kami kulaan sangat merindui mereka yang telah pergi ini... AlFatihah.
27 Disember 2012... aku melapor diri semula untuk kerja setelah bercuti tanpa gaji dan ditempatkan di Kem. Kesihatan Malaysia.
Itu la peristiwa yang berlaku sepanjang tahun 2012 setelah aku tak update blog... InsyaAllah nanti aku update lagi blog kalau ada masa.
No comments:
Post a Comment