Wednesday, 4 September 2013

2013... aku dah 4series

6 April 2013 lepas.... Genap la umur aku dh masuk 4series.... dah tua rupanya aku... tapi kenapa kadang-kadang orang panggil aku adik...Dalam usia lebih 40 ini, aku sering terfikir bahawa masa (atau usia) yang akan aku lalui tidak akan lebih daripada apa yang telah ditinggalkan. Ertinya, future bagi aku tidak lebih daripada past.

Tidak. Aku bukan mahu mendahului ALLAH dengan membicarakan soal ajal maut. Hitungan aku adalah  purata jangka hayat kita. Apakah usia aku akan lebih 80 tahun? 

Rasanya tidak.
Tambahan pula sejarah keluarga aku yang telah pergi tidak ada yang lebih daripada 75 tahun..Tetapi kalaulah ya, harapnya tidaklah diri aku masa itu menyusahkan orang . Janganlah  berak kencing pun diuruskan orang.

Aku bukan memandang jelik mereka yang seperti itu. Namun apa yang aku suarakan adalah untuk diri  sendiri. Jika diberi pilihan, biarlah aku tinggalkan dunia ini tanpa menyusahkan sesiapa supaya aku tidak jadi bebanan bagi mereka. Ini kerana setiap orang punya tanggung jawab berat setiap hari, jadi aku tidak mahu ada yang serba salah kerana aku.

Biarlah mereka tumpukan pada urusan masa depan  daripada terpaksa menguruskan ‘bebanan’ yang sudah mahu pergi ini.

Selain itu, dalam usia ini, aku juga sering terfikir soal bekalan. Bekalan untuk dibawa ke alam satu lagi, juga bekalan yang perlu ditinggal pada anak isteri.

Aku sudah hilang satu tahun lagi daripada kontrak kehidupan aku di dunia ini. Semoga 4series ini aku lebih baik dari yang sebelum-sebelum ini. Amin

3 comments:

  1. Mungkin hang nampak muda dan hensome tu sebab depa panggil adik kot wpun umur dah patut orang panggil pakcik :)

    ReplyDelete